Saturday, February 25, 2012

ramai orang tanya saya, kenapa saya rajin belajar? dah bertahun-tahun saya dengar soalan ini
Setiap kali orang tanya saya, saya akan senyum je sebab saya sendiri pun tak tahu nak explain macam mana.:D InsyaAllah saya cuba explain didalam teratak butter cream ini..

1- kalau kita tahu kelemahan kita, insyaAllah kita akan try our best untuk work out benda tu kan? sama lah macam saya. Saya ada beberapa penyakit sebenarnya yang mungkin agak pelik bagi sesetengah orang. Saya dah alami penyakit ini sejak sekolah menengah lagi. HAHA.. Dan kerana saya ini budak duk rumah dan bukan budak asrama, maka ibu bapa sayalah yang sentiasa memantau saya dan memerhatikan keadaan saya. kui3

2-Penyakit pertama saya ialah, saya ada masalah berdebar-debar yang agak kronik. Sampaikan bila saya tak dapat control berdebar-debar tu, rasa macam dah naik kat kepala dan rasa macam dah keluar kepala dah perasaan itu, saya akan nangis macam orang tak betul I don't know why. Last time saya alami ialah masa tengah final exam second year math 230. Saya masih ingat. Saya tak dapat control dalam dewan exam tu mneyebabkan saya stop about 15 minutes. Relax, nangis dan cuba tenangkan diri. If you are a mathematical student, 15 minutes tu amatlah berharga sangat. Dan end up, saya tak siap pun jawab exam tu.

Jujur saya katakan saya dapat 2nd class upper untuk 2nd year saya. Perasaan? kecewa.. sebab saya tahu saya boleh buat lagi baik dan dapat 1st class.. Tapi banyak masa tak digunakan untuk study.. Kalau anda tanya saya, saya menyesal ke? YES amat menyesal.. Banyak kali jugak saya luahkan dekat mak saya.. Dan sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, adakah saya sibuk sangat berdakwah sampai takde masa study? saya pernah pada satu tahap menyalah kan dakwah. Anda terkejut? Saya pun cuma biasa, bukan malaikat untuk tak rasa down dan tak fikir negatif. Saya bukan lah orang yang aktif sebelum ini. Saya memang dikenali dengan kaki buku dek kerana saya mengetahui kelemahan saya. Dan apabila memasuki medan yang baru bagi saya disini, pelajaran telah menjadi nombor dua. Jika study diutamakan, maka akan terdengarlah suara-suara sumbang itu dan ini walaupun hakikatnya semua orang pandai mengatakan kita kena pentingkan dan utamakan study tetapi in action, saya masih tak nampak benda itu. Maaf kalau bagi anda tidak benar tetapi saya suka memerhati. Itu pandangan peribadi saya. Jika saya salahkan, sila buktikan in action pada saya sebab saya masih tak nampak. Maka tak hairanlah kalau saya lihat beberapa rakan seperjuangan dalam dnt ini fail exam, repeat exam, dek kerana beberapa faktor yang tak perlu diterangkan. Mungkin sampai sekarang ini pun jauh di sudut hati saya, saya masih menyalahkan dakwah? hehe.. InsyaAllah Allah knows best and Dia dah bagi yang selayaknya pada saya.. Saya tak suka dapat kegagalan. Dan saya jenis orang yang selalu nak berjaya dalam setiap fasa hidup saya. Dapat lompat kelas, dapat 5a upsr, dapat 9a pmr, dapat 10 a spm, dapat 13/15 dalam a level, dapat 1st class masa first year dan semestinya saya mengharapkan untuk dapat 1st class untuk degree saya. Tapi bila result 2nd year saya camtu, saya cuma mendapat 2nd upper, maka result ini sememangnya akan affect result final saya sebab dia akan campur sekali.. Huhuhu apapun yang saya boleh kata saya menyesal dengan result 2nd year saya. Banyak kali saya cakap dekat mak saya. Saya bolehhh buat lagiii baguss dari ituuuu.. huhu :((((


*Satu benda besar saya belajar dalam dnt ini ialah memahami orang. Bila kita memahami orang, insyaAllah kita akan cuba untuk bantu dia, mungkin kita tak mampu untuk bantu dari segi pelajarannya dek kerana course berbeza tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mampu bantu bagi support kat dia, tahu dia sibuk maka kite kurangkan kerja dia da etc.. benda ini nampak simple tapi bila kita santuni orang2 sebegini, mereka akan rasa sangat dihargai. Dan saya cuba mengaplikasikan pada adik2 saya disini. Bila kita dah melalui fasa-fasa sebegitu, kita tak nak adik2 kita atau orang2 disekeliling kita merasainya dan melalui kegagalan itu, maka kite akan cuba yang terbaik untuk memahami mereka. :)
Kekadang, kite kene duduk sebentar, amik masa memahami orang. Bukan mudah tapi tak payah. Or else, kita tak akan memahami kesibukan dan kesusahan orang dan kita akan rasa kita paling sibuk dan susah di dunia ini. huuuu~

3-penyakit seterusnya ialah saya bukan jenis orang yang study last minute. ITU BUKAN SAYA. Lagi seminggu nak exam, itu ialah masa nak jawab soalan dan belek2 sikit2 je dah untuk saya. Bukan waktu tu untuk pulun. And if sebegitu, memang saya dah takkan dapat digest dah. Saya dah akan berdebar-debar dengan tahap horrornya.  Seminggu before exam saya memang akan berdebar dengan dasyatnya. Dan waktu 2nd year, seminggu before exam, baru saya start pulun tahap tak ingat dunia. Maka hasilnya itulah.

4- Penyakit saya seterusnya ialah saya jenis cepat ikut orang. Kalau orang tu tak start study lagi, saya pun akan mudah ikut dia. Saya akan cakap dekat diri saya, eh chill lah.. dia relek lagi kot, asal nak gelabah je? tapi benda inilah mak saya selalu duk pesan. Mak saya selalu ingatkan saya, kita dengan orang lain berbeza. Kita tahu kita ini tak pandai, takleh ikut orang. Kita kene ikut cara kita. Nanti kalau kita tak lulus kite jugak yang nanges. Ayat yang saya dah hafal! hehe sori mak!

5- Satu lagi penyakit saya dari sekolah lagi ialah, kalau saya tak khatam kan satu buku, kalau saya tak abiska baca module tu, saya ada mindset yang saya takleh jawab soalan tu walaupun soalan tu senang. Seriously!!! saya tak tahu apa nama penyakit camni tapi memang camtu pun. Even soalan paling senang pun saya akan jadi takleh jawab sebab tak abis khatam dan baca satu module atau satu buku. Sampai leni pun saya macam tu, sebab tu result coursework selalu tak perform and bila saya tengah buat revision sekarang ini, soalan saya takleh jawab tulah, saya boleh jawab. huhuu

6-lastly, saya bukan budak yang pandai. Sekali baca terus meresap masuk kepala. Tak.. kalau orang lain, sekali baca, dah dapat jawab soalan, dah boleh dapat result gempak.. tapi saya 20 kali baca baru boleh dapat jadi macam budak sekali baca tu. Maksudnya saya punya tahap kefahaman saya agak perlahan.

Maka sebab itulah, saya sangat struggle dan berusaha untuk study saya sebab saya tahu saya ada banyak masalah dalam diri saya. Saya kena baca berpuluh kali untuk faham, bukan macam sesetengah orang yang baca 2,3 kali dah faham. Sebab saya tahu kelemahan saya, maka saya kena usahakan. Dan bukan kerana saya rajin study tapi saya tahu kelemahan saya dan untuk berjaya saya kena study.

Saya dan anda berbeza, maka sebab itu cara kita berbeza walaupun matlamat kita sama.

Moga saya menjawab persoalan orang-orang yang selalu bertanya.:)

p/s: kalau kita tahu dan kenal kelemahan diri kita, kita akan try the best untuk work out tapi kalau kita tak tahu kelemahan kita, kita akan rasa i'm the best and i know everything!

peace..:)

0 comments:

Post a Comment